Sunday, 2 December 2018

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN


*PERKHIDMATAN MEMBERI MAKLUMAT
*PERKHIDMATAN PENEMPATAN
*PERKHIDMATAN MENCEGAH PENYALAHGUNAAN DADAH
*PERKHIDMATAN PERUNDING DAN RUJUKAN
*PERKHIDMATAN PENYELARASAN SUMBER
*PERKHIDMATAN PERBINCANGAN DENGAN IBU BAPA
*PERKHIDMATAN PENILAIAN

Perkhidmatan Memberi Maklumat
Mengumpul dan menyebarkan maklumat pelajaran, vokasional, latihan dan kerjaya kepada murid-murid. Ini dapat dilakukan melalui penerbitan risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, buletin dan pengendalian hari kerjaya dan pameran kerjaya.
Menambah dan mengemaskini fail-fail maklumat kerjaya, peluang-peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi

Perkhidmatan Penempatan
- Membantu murid-murid memilih kegiatan bidang kokurikulum yang sejajar dengan kebolehan, minat dan kemampuannya.
- Penempatan pekerjaan:
     (a)  menjadi penyelaras menempatkan murid-murid mengikuti  program    pengalaman bekerja jika program seperti ini diadakan
     (b)   membantu Bahagian Pendidikan Vaksional dan Teknik dengan membekalkan data tentang murid-murid lepasan sekolah vakasional dan teknik

Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah
Mengadakan bimbingan individu atau kelompok untuk menanam dan memupuk sikap benci akan dadah
Memberi pertolongan kepada murid-murid untuk mendapatkan bantuan pemulihan atau rawatan
Memberi bantuan kepada murid-murid supaya dapat menyesuaikan diri ke alam sekolah selepas tamat pemulihan
Membuat penilaian dan memberi maklum balas kepada jabatan pendidikan negeri tentang program pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat sekolah

Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan
Merancang bersama-sama guru tentang cara-cara yang paling berkesan untuk megawasi kemajuan murid-murid
Berunding dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan tahap prestasi khidmat bimbingan di sekolah
Menolong pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan lebih mendalam akan program bimbingan di sekolah






Perkhidmatan Penyelarasan Sumber
Menjadi penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berkaitan dengan kebajikan murid-murid di antara sekolah dengan agensi-agensi luar
Menjadi penyelaras untuk kebajikan majikan, agensi-agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah.
Merancang dalam menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi tertentu dalam komuniti tempatan.

Perkhidmatan Perbincangan dengan Ibu-Bapa
Mengadakan hubungan dengan ibu bapa murid-murid untuk bersama mengawasi kemajuan mereka terutamanya dalam pelajaran
Menjadi penyelaras program orientasi untuk murid-murid dan ibu bapa
Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mewujudkan disiplin di kalangan murid-murid
Mengadakan sesi bimbingan keluarga jika didapati masalah yang dihadapi oleh murid-murid berpunca dari keluarga.

Perkhidmatan Penilaian
Menilai model bimbingan sebelum dilaksanakan di sekolah
Mengadakan program pembimbing rakan sebaya dan program latihan



andaian perkhidmatan

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN

*PERKHIDMATAN MEMBERI MAKLUMAT *PERKHIDMATAN PENEMPATAN *PERKHIDMATAN MENCEGAH PENYALAHGUNAAN DADAH *PERKHIDMATAN PERUNDING DAN RUJ...