Sunday, 26 March 2017

kaunseling remaja

Remaja dikaitkan dengan penglibatan dalam pelbagai masalah sosial. Ban yak usaha dan dasar dilaksanakan oleh kerajaan ataupun swasta. Usaha yang dilaksanakan adalah untuk memperkasakan kehidupan remaja untuk menjadi warganegara terbilang. Perkhidmatan kaunseling merupakan salah satu daripada pelbagai usaha untuk memulihkan dan memberi kesedaran agar remaja dapat menjalani kehidupan dan membina kesejahteraan hidup demi masa depan. Zaman remaja perlu difahami dalam perlbagai sudut dan pendekatan. Golongan remaja sentiasa terdedah kepada gejala sosial seperti masalah penagihan dadah yang sentiasa meningkat. Jabatan Kebajikan Masysarakat merupakan badan kerajaan yang bertanggungjawab secara langsung untuk menangani masalah sosial remaja. Perkhidmatan kaunseling secara profesional disediakan di instituisi pemulihan akhlak dengan menempatkan kaunselor terlatih. Dengan ini usaha dapat dilaksanakan untuk membimbing remaja dan mencari alternatif penyelesaian masalah. Perkhidmatan kaunseling khusus untuk remaja perlu dijalankan dari masa ke semasa. Ini termasuklah keperluan untuk memberi khidmat kaunseling Islam kepada remaja.Ibu bapa juga berperanan untuk membantu remaja yang bermasalah. Kesejahteraan dan kebahagiaan hidup remaja berkait rapat dengan kesabaran, ketabahan dan kemantapan iman dalm menghadapi cabaran dan masalah dalam kehidupan.

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN

*PERKHIDMATAN MEMBERI MAKLUMAT *PERKHIDMATAN PENEMPATAN *PERKHIDMATAN MENCEGAH PENYALAHGUNAAN DADAH *PERKHIDMATAN PERUNDING DAN RUJ...