Sunday, 2 December 2018

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN


*PERKHIDMATAN MEMBERI MAKLUMAT
*PERKHIDMATAN PENEMPATAN
*PERKHIDMATAN MENCEGAH PENYALAHGUNAAN DADAH
*PERKHIDMATAN PERUNDING DAN RUJUKAN
*PERKHIDMATAN PENYELARASAN SUMBER
*PERKHIDMATAN PERBINCANGAN DENGAN IBU BAPA
*PERKHIDMATAN PENILAIAN

Perkhidmatan Memberi Maklumat
Mengumpul dan menyebarkan maklumat pelajaran, vokasional, latihan dan kerjaya kepada murid-murid. Ini dapat dilakukan melalui penerbitan risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, buletin dan pengendalian hari kerjaya dan pameran kerjaya.
Menambah dan mengemaskini fail-fail maklumat kerjaya, peluang-peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi

Perkhidmatan Penempatan
- Membantu murid-murid memilih kegiatan bidang kokurikulum yang sejajar dengan kebolehan, minat dan kemampuannya.
- Penempatan pekerjaan:
     (a)  menjadi penyelaras menempatkan murid-murid mengikuti  program    pengalaman bekerja jika program seperti ini diadakan
     (b)   membantu Bahagian Pendidikan Vaksional dan Teknik dengan membekalkan data tentang murid-murid lepasan sekolah vakasional dan teknik

Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah
Mengadakan bimbingan individu atau kelompok untuk menanam dan memupuk sikap benci akan dadah
Memberi pertolongan kepada murid-murid untuk mendapatkan bantuan pemulihan atau rawatan
Memberi bantuan kepada murid-murid supaya dapat menyesuaikan diri ke alam sekolah selepas tamat pemulihan
Membuat penilaian dan memberi maklum balas kepada jabatan pendidikan negeri tentang program pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat sekolah

Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan
Merancang bersama-sama guru tentang cara-cara yang paling berkesan untuk megawasi kemajuan murid-murid
Berunding dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan tahap prestasi khidmat bimbingan di sekolah
Menolong pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan lebih mendalam akan program bimbingan di sekolah






Perkhidmatan Penyelarasan Sumber
Menjadi penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berkaitan dengan kebajikan murid-murid di antara sekolah dengan agensi-agensi luar
Menjadi penyelaras untuk kebajikan majikan, agensi-agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah.
Merancang dalam menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi tertentu dalam komuniti tempatan.

Perkhidmatan Perbincangan dengan Ibu-Bapa
Mengadakan hubungan dengan ibu bapa murid-murid untuk bersama mengawasi kemajuan mereka terutamanya dalam pelajaran
Menjadi penyelaras program orientasi untuk murid-murid dan ibu bapa
Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mewujudkan disiplin di kalangan murid-murid
Mengadakan sesi bimbingan keluarga jika didapati masalah yang dihadapi oleh murid-murid berpunca dari keluarga.

Perkhidmatan Penilaian
Menilai model bimbingan sebelum dilaksanakan di sekolah
Mengadakan program pembimbing rakan sebaya dan program latihan



andaian perkhidmatan

Sunday, 18 November 2018

PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


Konsep Bimbingan
Bimbingan adalah satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya.

Bimbingan juga adalah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaa dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.

Bimbingan adalah merupakan bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau yang normal yang mengalami P&P mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian. Bimbingan juga merupakan proses pembentukan maklumat dan nilai individu itu sehingga dia sapat menentukan tindakan yang wajar di ambil pada masa sekarang dan pada masa hadapan.

Konsep Kaunseling
Kaunseling merupakan proses untuk membantu perhubunganberdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan. Kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien. Menurut Persatuan Kaunseling amerika pula, kaunseling merujuk kepada aplikasi prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi atau perkembanganmanusia serta strategi intervensi kognitif, afektif atau tingkah laku bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan pertumbuhan peribadi, perkembangan kerjaya atau patologi.


Elemen PENTING dalam Kaunseling

1. Kaunseling adalah profesion
2. Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, pertumbuhan, personal, kerjaya dan patologi.
3. Kaunseling dijalankan ke atas individu yang normal dan yang mempunyai masalah.
4. Kaunseling dilakukan mengikut teori.
5. Proses yang melibatkan perkembangan dan intervensi.
6. Kaunseling mempunyai pelbagai kepakaran.




Konsep Psikoterapi 

Secara tradisional psikoterapi berfokus kepada masalah serius yang berhubung dengan intrapychic, internal, isu-isu personal dan konflik.

Ciri-ciri psikoterapi secara tradisional : 
1 . Memberi penekanan kepada masa lampau.
2. Celik akal.
3. Terapi bertindak sebagai pakar.
4. Psikiatri/Psikologi menggunakanistilah psikoterapi.

Psikoterapi melibatkan pesakit yang berada di setting ( out patient and in patient ) yang melibatkan penempatan seperti hospital sakit jiwa.


Beza bimbingan dan kaunseling Bimbingan adalah membantu individu membuat pilihan menurut nilai dirinya manakal kaunseling membantu individu membuat perubahan. Di awalnya, bimbingan berlaku di sekolah iaitu guru membantu pelajarmembuat keputusan. Kini, bimbingan adalah satu bahagian dari keseluruhanperkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Definisi Kaunseling
Menurut Mizan Adillah dan Halimatun Halalilah (1995) kaunseling merupakan proses bersemuka antara kaunselor dan klien. Tujuan pertemuan adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai untuk klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya di samping mengetahui buruk baik dan halangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.

Justeru itu, kaunseling  diertikan sebagai  proses bantuan yang dijalankan oleh  kaunselor bagi mengembangkan pemikiran, menstabilkan perasaan dan mengubah tingkah laku klien dan ia menitiberatkan faktor kerahsiaan.


JENIS-JENIS KAUNSELING
- Kaunseling Individu
- Kaunseling Kelompok

Kaunseling Akademik
Menyediakan kaunseling bagi menolong murid memilih mata pelajaran sejajar dengan minat, keupayaan dan percapaian

Kaunseling Kerjaya
Menolong murid-murid menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya
Memberikan kesedaran dan ingatan kepada murid-murid bahawa perancangan kerjaya perlu dibuat daripada awal lagi.

Kaunseling Peribadi
Kefahaman kendiri, iaitu membantu murid-murid secara individu untuk memperolehi maklumat dan membentuk sikap celik akal dan nilai yang sejajar dengan kehendak-kehendak masyarakat
Menolong individu membuat keputusan yang waras serta bijaksana

Kaunseling Kelompok
Kelompok boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa orang individu yang berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi di antara satu sama lain.
Menurut Ohlsen M. M. (1997), pula menyatakan bahawa kaunseling  kelompok merupakan suatu perhubungan unik di mana klien berasa selamat untuk mebincang apa yang membimbangkan mereka serta untuk mengenal pasti tingkah laku baru yang diingini, mengamalkan kemahiran-kemahiran antara individu yang asas dan melakukan tingkah laku yang baru.



Tujuan KAUNSELING :

1. Menyelesaikan masalah jangka pendek
2. Mendapat celik akal
3. Tingkah laku positif
4. Mencapai kebebasan psikologi
5. Bertindak logik
6. Perkembangan optimum
7. Penyelesaian
8. Mewujudkan perhubungan sihat


Fungsi Bimbingan :
ü Memahami
ü Preventif
ü Pengembangan
ü Penyembuhan
ü Penyaluran
ü Penyesuaian
ü Penambahbaikan
ü Pemeliharaan


Fungsi kaunseling :
ü Celik akal
ü Memberi maklumat
ü Mengatasi konflik
ü Membuat keputusan
ü Memberi sokongan

Etika Kaunseling
Satu tatasusila atau peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang kaunselor dalam memberi pertolongan kepada individu lain untuk mendapatkan kesedaran diri dan dapat bertindak balas dengan persekitarannya. Ianya juga merupakan satu peraturan yang harus dilaksanakan oleh seorang kaunselor demi menjaga hak-hak klien.
Secara amnya etika kaunseling merangkumi 3 ciri utama :
a) Menggariskan satu bentuk peraturan kepada ahlinya untuk bertindak mengikut lunas-lunas dan peruntukan sistem yang dibenarkan
b) Satu manual kerja atau prosedur tugas yang memberikan penerangan ringkas berkaitan proses tingkah laku yang perlu dilaksanakan oleh ahli-ahlinya.
c) Mengandungi nilai-nilai murni didalamnya dimana ia bermaksud segala peraturan yang diperoleh adalah untuk memberikan kebaikan dan keadilan yang maksimum kepada kaunselor dan klien (Nordin,2000).




KOD TATA LAKU KAUNSELOR

kaunselor hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan integriti dan integriti profesion kaunseling.
kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.
kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa sesi kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang di persekitarannya.
kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.
mengutamakan keperluan klien daripada keperluan kaunselor sendiri
kaunselor hendaklah diawasi dan dinilai tugas kaunselingnya oleh lembaga kaunselor melalui penyelian lazim dan sokongan perunding.

Wednesday, 17 May 2017

GIMP

Asalamualaikum semua dan selamat sejahtera kepada yang bukan islam....kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa menggunakan aplikasi GIMP( GNU Image Manipulation Program....

kalau anda biasa guna photoshop editor tidak jauh bezanya dengan GIMP kerana tools yang trdapat aplikasi ini juga tidak jauh bezanya. Kebiasaanya, manusia menggunakan gimp ini untuk membina poster dan sebagaiya. hal ini dikatakan kerana tools yang terdapat di dalamnya sangat sesuai untuk membuat pengeditaan gambar dan sebagainya....








menariknya movie maker ini

movie maker

anda berminat untuk membina video pendek atau video kenangan....semestinya movie maker adalah yang terbaik bagi anda. Dalam proses membuat video kali ini saya ingin berkongsi pengalaman sepanjang menghasilkan video yang mantap.

penggunaan movie maker ini sebenarnya sangat best. Kenaapa saya berpendapat begitu.ingin saya nyatakan bahawa dalam proses untuk membuat movie maker anda boleh mengimport klip video yang anda ada untuk dimasukkan kedalam movie maker anda. Selain itu juga anda pon boleh mengatur semua klip-klip video yang ada suka dengan mengikut urutan yang anda inginkan....best kan::)

sebenarnya pembentukkan sesebuah video yang menarik bergantung kepadaa kekreatifan seseorang individu. tdak mustahillah ada orang yang boleh membuat sesebuah video sampai menyentuh hati masyarakat...


dibawah ini hasil saya daripada penggunaan movie maker.......






audacity

audacity merupakan rakaman suara yang boleh mengedit suara, remix dan sebagainya.
hasil daripada pembelajaran saya, Saya mempeolehi pelbagai maafaat untuk seperti membuat rakaman suara dengan pellbagai intonasi yang lebih mendalam dan sebagainya.

kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan audacity boleh download pada link yang telah disediakan

http://www.audacitytem.org/


anda boleh klik link di bawah untuk melihat hasil kerja saya

https://drive.google.com/open?id=0B1ab4Y5nSAoIOEJGLVVGb0lwTFE

sijil mailmerge


ingin saya berkongsikan sedikit penglaman saya semasa melakukan sijil mailmerge. Seperti yang kita sedia maklum bahawa sijil merupakan hadiah yang  diberikan kepada pemenang sahaja. Tetapi bagaimana untuk  menghasilkan sijil tersebut. Ok terlebih dahulu saya akan terangkan mail merge. 
Mail merging merupakan salah satu fungsi yang terdapat dalam Microsoft Office Word. Fungsi ini untuk  memudahkan proses untuk memasukkan data ke dalam satu format dokumen yang sama. Contohnya, surat rasmi, data yang mengandungi nama dan alamat penerima yang berbeza boleh dimuatkan ke dalam satu dokumen yang sama tanpa perlu menulis surat yang serupa berkali-kali. Data boleh ditukar dan disuaikan ke dalam surat rasmi tersebut tanpa anda perlu menaip semula surat tersebut.

anda boleh melihat hasil kerja saya dibawah:



Wednesday, 10 May 2017

power point

MICROSOFT POWER POINT

kali ini saya ingin brkongsi pengalaman saya semasa menggunakan power point bersama anda...
microsoft power point adalah berisian komputer yang menggabungkan antara microsoft word,excel,point power.

semasa menggunakan microsoft ini saya mendapati banyak mengalaman yang diperolehi. Antaranya ialah dapat membuat tayangan slide dengaan lebih menarik. dalam power point. Dalam menghasilkan slide yang lebih menarik anda boleh menggunakan properti animations dan transition suapaya tidak merasa jemu kepada penonton malah mereka lebih fokus apa yang anda bentangkan  hasil daripada
pergerakan tadi.


anda boleh melihat hasil krja saya dibawah:





JENIS-JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN

*PERKHIDMATAN MEMBERI MAKLUMAT *PERKHIDMATAN PENEMPATAN *PERKHIDMATAN MENCEGAH PENYALAHGUNAAN DADAH *PERKHIDMATAN PERUNDING DAN RUJ...